Friday, 21 October 2011

Hari Jumaat

JUMAAT...

Hari yang paling baik dan paling mulia
Penghulu segala hari
Hari bumi diciptakan
Ada saat barakah yang dimakbulkan doa asalkan tidak diminta yang diharamkan.

Mengikut Imam Nawawi berdasarkan hadis Muslim, saat barakah ialah mulai imam naik mimbar hingga selesai solat Jumaat.

Mengikut hadis riwayat Ahmad Nasai, Abu Daud dan al-Hakim saat itu ialah selepas solat Asar hingga akhir waktu Asar hari Jumaat.

Orang yang mati pada malam Jumaat atau malamnya ia terpelihara dari ujian (soal dan azab) kubur.

Disyariatkan solat Jumaat pada waktu Zohor
Hari Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat

Hari Raya untuk fakir miskin.
Disunatkan diperbanyakkan sedekah dan kenduri kepada fakir miskin.

Walimah juga sunat diadakan pada hari hari Jumaat dan malamnya. 

Source: Dunia Hari Ini

0 comments:

Post a Comment