Sunday, 6 January 2013

Kejadian Manusia

Bermulanya seorang manusia.....


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih (nutfah) pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi ‘alaqah; lalu Kami ciptakan ‘alaqah itu menjadi mudghah; kemudian Kami ciptakan mudghah itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebagai sebaik-baik Pencipta. [al-Mu’minun 23:12-14]


(1) Nutfah: Ertinya setitik cecair atau setitik sperma sepertimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan). [al-Insan 76:02]

(2) ‘Alaqah: Ertinya sesuatu yang berpaut atau melekat kepada sesuatu yang lain. Ia juga diertikan sebagai lintah yakni haiwan yang berpaut kepada haiwan lain untuk menyedut darahnya. Dalam hadis ini ia bererti embrio tersebut (ovum yang telah disenyawakan) berpaut kepada rahim (uterus) ibu.

(3) Mudghah: Ertinya ketulan atau gumpalan yang rupanya seolah-olah sesuatu yang dikunyah sehingga kelihatan kesan gigi di atasnya.

Beberapa orang tokoh embryologist antarabangsa telah melafazkan syahadah dengan kehebatan ciptaan Ilahi ini yang telah dinukilkan di dalam al Qur'an 1400 tahun sebelum penemuan ilmu embryology.

http://www.scienceislam.com/goodies/video_popup.php?vid=2
http://www.islamic-awareness.org/Quran/Science/scientists.html
http://www.islam-guide.com/frm-ch1-1.htm

0 comments:

Post a Comment