Tuesday, 8 October 2013

DOA / AMAL BULAN ZULHIJJAH


1.    Dari Ibnu ‘Abbas r.a. telah bersabda Nabi s.a.w.:
1 Zulhijjah - hari diampuni Allah akan  Adam a.s. Siapa berpuasa hari itu, Allah mengampuni segala dosanya.
2 Zulhijjah – hari dikabulkan doa Nabi Yunus, dan keluar dari perut ikan Nun. Siapa puasa pada hari itu seolah-olah ia beribadat setahun itu.
3 Zulhijjah – dikabulkan Allah doa Nabi Zakaria. Barangsiapa puasa pada hari itu nescaya dikabulkan Allah doanya.
4 Zulhijjah – hari lahirnya Nabi Isa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya Allah menjauhkan daripadanya segala kerusuhan dan kefakirannya.
5 Zulhijjah – hari lahirnya Nabi Musa a.s. Siapa berpuasa pada hari itu, terlepaslah ia dari nifaq dan beroleh keamanan dia dari siksa kubur.
6 Zulhijjah – hari Allah membukakan segala Kebajikan bagi Nabi-nabiNya. Siapa berpuasa pada hari itu nescaya Allah memandang kepadanya dengan kerahmatan.
7 Zulhijjah – hari yang padanya ditutup segala pintu neraka dan tidak dibuka-buka s/d tanggal 10 Zulhijjah. Siapa-siapa berpuasa pada hari itu, nescaya Allah menutup daripadanya 30 pintu daripada kesempitan dan dibukakan 30 pintu dari kemudahan.
8 Zulhijjah – ialah hari yang dinamakan hari Tarwiyah. Siapa-siapa berpuasa nescaya diberi ganjaran barang yang tiada diketahui orang melainkan Allah.
9 Zulhijjah – ialah hari Arafah. Siapa-siapa berpuasa pada hari itu, adalah penghapusan dosa-dosanya setahun yang akan dating.

2.    Permulaan 10 Zulhijjah bacalah 400 kali:
Laa ilaaha illaa ‘llaahu wahdahu laa syariika lah,
lahu ‘lmulku walahu ‘lhamdu yuhyii wayumiitu
wa Huwa hayyun laa yamuutu biyadihi ‘lkhair,
wa Huwa ‘alaa kulli syai-ink qadiir.

3.    Mulai sejak ghurub matahari 9 Zulhijjah s/d pagi 10 Zulhijjah banyakkanlah Takbir.

4.    Pada tiap-tiap hari sesudah selesai solat fardhu tanggal 10 s/d 13 Zulhijjah, disunatkan bertakbir.

5.    Doa akhir tahun. Pada akhir (hari) Zulhijjah, banyak doa akhir Tahun 7 kali. Siapa membacanya 7 kali diampuni Allah dosanya yang telah terdahulu. Doanya iaitu:

Bismillah hirRahmahnir Rahim
Dengan nama Allah yang amat pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia rasul Muhammad dan atas keluarganya sekalian.
Ya Tuhanku apa-apa yang telah saya kerjakan tahun ini daripada apa-apa yang telah Engkau larang daripadanya dan tiada Engkau reda daripadanya, dan lupa aku akannya, dan Engkau kasih (lemah-lembut) atas aku pada hal Engkau kuasa menyiksa akan daku.
Dan Engkau suruh akan aku taubat daripadanya sesudah aku mengerjakan kedurhakaan terhadap Engkau. Maka sesungguhnya aku minta ampun akan Engkau, maka ya Allah ampunilah bagiku.
Dan apa-apa yang Engkau sukai dan Engkau janjikan akan daku atasnya pahala, maka aku minta kepada Engkau ya Allah, bahawa Engkau terima akannya daripadaku dan janganlah Engkau putuskan harapanku daripada Engkau.
Ya Allah yang sangat pemurah ...
Dan Rahmat Allah atas penghulu kami, Nabi Muhammad, dan keluarga serta sahabatnya dan kesejahteraannya.

Sumber:
H. Abu Bakar Yacub (penyusun). 1974. Himpunan Doa dan Wirid Istimewa. Mesjid Lama Medan, Sumatra, Indonesia. (Mukaddimah 10 April 1974). X. Doa / Amal Bulan Dzulhijjah. pp. 75-78.

0 comments:

Post a Comment